Hidayah tak sampai lagi....

"Aku bukannya taknak tutup aurat,tapi hidayah tak sampai lagi"

"Biarlah aku buat benda-benda jahat camni,nanti sampai masa dapat juga hidayah"

Seringkali kita mendengar keluhan ataupun alasan sebegini keluar daripada mulut seseorang yang bernama manusia.Namun begitu,benarkah bahawa hidayah itu tak sampai lagi?

Secara umumnya,hidayah boleh dibahagikan kepada 3 jenis:


  1. Hidayah Fitriyyah
  2. Hidayah 'Aqliah
  3. Hidayah ad Din
Hidayah Fitriyyah merupakan fitrah semulajadi kita yang digerakkan oeh hidayah daripada Allah.Sebagai contoh,seorang bayi yang baru lahir secara fitrahnya akan menangis.Perbuatan menangis yang dilakukan oleh bayi tersebut merupakan hidayah daripada Allah.Allah yang telah memberi hidayah kepada bayi tersebut untuk dia menangis ketika dilahirkan kedunia.Hidayah Fitriyyah ini hadir didalam diri semua makhluk Allah.Buktinya,seekor lembu walaupun tidak diajar megenai cara bersalin,akan sedia tahu mengenainya disebabkan oleh hidayah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya.

Hidayah 'Aqliah ialah hidayah yang diberikan menerusi akal fikiran.Hidayah jenis ini menuntut kita berfikir untuk memperolehi hidayah daripada Allah.  



"Dan juga pada diri kamu sendiri.Maka mengapa kamu tidak melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti-bukti itu?)"-Surah Adz Zariyat,ayat 21

Melalui berfikir manusia akan sedar bahawa alam ini mempunyai pencipta,apa yang dibawa oleh Rasulullah adalah benar serta pelbagai kebenaran akan diketahui jika manusia sentiasa berfikir mencari hidayah Allah.

Hidayah ad Din bermaksud bahawa hidayah itu sendiri datang melalui agama Islam.



"Kitab al Quran ini,tidak ada sebarang keraguan padanya(tentang datangnya daripada Allah dan tentang kesempurnaannya);ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa."-Surah Al Baqarah,ayat 2

Begitulah indahnya Islam,didalamnya sendiri terkandung hidayah.Hanya menunggu kita untuk mencarinya.Perbuatan yang dilakukan tanpa berasaskan hidayah seringkali menyebabkan kita tersasar daripada matlamat sebenar.Kerana itulah,hidayah penting untuk menjadi penggerak kepada setiap perbuatan kita.

Maka,kita kembali semula kepada persoalan 'hidayah tak sampai lagi'.Sebenarnya untuk memperoleh hidayah,usaha kita sendiri juga diperlukan kerana Allah tidak akan mengurniakan hidayah kepada kita jika kita tidak berusaha mencarinya.

Kesimpulan 

Sentiasalah berdoa memohon hidayah daripada Allah serta janganlah kita lupa untuk mempertingkatkan lagi usaha kita mencari sinar hidayah untuk menerangi kehidupan kita.









0 respon ikhlas:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger