Apabila "Supernatural" Menjadi Pegangan Aqidah

Sahabat,mari kita imbas kembali tragedi tsunami yang melanda di bumi acheh.Disebalik kemusnahan dan kehancuran,disebalik tangisan dan kesedihan,muncul satu fenomena yang menjadi santapan perbualan rakyat tentang masjid yang berdiri teguh di tengah-tengah kehancuran tsunami itu.Maka ia pun menjadi dalil betapa benarnya agama Islam.
Menyedari hakikat ini,ramai umat Islam menyebarkan hikayat ini dek kerja dakwah dan sebagainya sehinggakan ada yang membangga-banggakan Islam sebaliknya memperlekehkan agama yang lain.

Namun baru-baru ini,negara Filipina digemparkan dengan fenomena taufan yang amat dahsyat.Usai semua itu,kelihatan satu patung jesus teguh berdiri di tengah-tengah kehancuran yang dilanda taufan itu.Maka bergema pula ia tanda kebenaran agama kristian.

"Bagaimana patung itu boleh kekal berdiri selepas dibelasah taufan?Logikkah?Adakah Kristian merupakan agama yang benar?


Umat Islam di Malaysia khususnya kaum Melayu sangat takjub dengan perkara keajaiban yang berlaku di sekeliling mereka.Jika ada pokok kaktus yang berbentuk kalimah Allah,kalimah Allah terbentuk di dalam daging dan sebagainya terus dijadikan dalil betapa benarnya agama Islam.Apatah lagi melihat pokok atau batu yang ruku' dan sujud.



Namun,adakah begini cara Islam membenarkan imannya di hati?Adakah dengan cara melihat sesuatu kebesaran atau keajaiban kita terus menjadikan ia dalil betapa benarnya sesuatu agama itu?

Bagaimana pula apabila gambar atau patung agama yang lain terbentuk menjadi awan,terbentuk dalam daging dan sebagainya.Adakah automatik agama mereka menjadi benar?

Agama yang benar ialah agama yang diturunkan sendiri oleh Tuhan, dan Tuhan mengiktiraf kesohihan agama tersebut.

Bagaimana hendak kita ‘detect’ agama itu diturunkan sendiri oleh Tuhan Semesta Alam?

Dengan mengkaji kitab suci yang ada.Berbalik kepada sumber agama tersebut.Oleh sebab itu,jika para ilmuan membuat pebandingan agama,mereka tidak menumpukan kepada keajaiban yang berlaku pada sesuatu agama tersebut.Mereka menumpukan kepada kesahihan sumber agama tersebut."Bagaimana agama itu terbentuk?Adakah sumber fakta yang diperoleh benar?Siapakah pengutusnya?" dan sebagainya.

Sudah banyak kali Allah mencabar manusia agar menciptakan satu surah yang serupa dengan Al-quran.Contohnya:

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang Al Quran yang Kami turunkan iaitu Al Quran kepada hamba Kami Nabi Muhammad, maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” Surah Al-Baqarah ayat 23.


“Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu bahkan mereka mengatakan, dialah Muhammad yang mengada-adakan Al Quran menurut rekaannya, katakanlah wahai Muhammad, kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah untuk membantu kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” Surah Yunus ayat 38.


Saya tidak menafikan bahawa kebesaran itu datang daripada Allah tetapi jangan terlalu taksub dan terus meletakkannya sebagai dalil kebenaran sesuatu agama.Ambillah Al-quran sebagai dalil kebenaran agama Islam.Ini kerana kita takut apabila kita mengakui 'supernatural' itu sebagai dalil kebenaran agama tetapi apa yang disyariatkan oleh agama tidak dilaksanakan.

Seperti malam lailatul qadr,benar bahawa malam itu lebih baik daripada seribu bulan tetapi ada segelintir masyarakat kita yang taksub dengan kenyataan ini dan mencari 'supernatural' yang ada pada malam itu sehinggakan ibadah sunat yang dituntut tidak dilaksanakan.

Sama-sama kita islah diri,jadikan al-quran sebagai dalil kebenaran sesuatu agama dan keajaiban sebagai bukti kebesaran Allah.

Perbaiki diri sendiri dan seru orang lain....




Jenayah & Umat Islam



"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."(Al Baqarah : 13)



Antara kelebihan yang Allah telah tetapkan didalam agama Islam ialah terdapat banyak ayat-ayat Al Quran yang menyeru umat Islam supaya menjalinkan hubungan sesama mereka dengan baik.Sirah perjuangan Rasulullah s.a.w telah merekodkan bagaimana baginda mampu berdakwah pada awal-awal misi dakwah baginda di rumah Arqam bin Abi Al Arqam bersama sahabat-sahabat baginda yang lain kerana peribadi Rasulullah s.a.w yang sering menghidupkan semangat ukhuwah diantara mereka.

Dengan memegang kukuh terhadap intipati ayat inilah para sahabat Rasulullah s.a.w mampu melebarkan usaha dakwah ke negara-negara seperti Habsyah dan Parsi.Kejayaan mereka menyebarkan risalah dakwah serata dunia ini telah mencerminkan bagaimana mereka ini telah mengimplementasikan suruhan-suruhan Allah didalam Al Quran supaya berdakwah kepada umat manusia.Mereka bukan sahaja menyahut suruhan Allah dengan berdakwah semata-mata,bahkan mereka ini telah memberikan perlindungan kepada negara-negara yang rela bernaung di bawah kekuasaan Islam ketika itu.

Tndakan bertoleransi mereka telah menjadi bukti yang cukup kukuh pada hari ini bahawa Islam adalah agama yang menawarkan kedamaian dan bukanlah keganasan sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian besar para orientalis Barat.

Namun kini,umat Islam sendiri yang telah sering mencetuskan keganasan-keganasan yang kadang-kadang sukar dipercayai.Seakan-akan tiada paparan berita selain daripada keganasan-keganasan yang dilakukan majoritinya oleh umat Islam sendiri.

Keganasan disini bermaksud jenayah-jenayah.Tersentak hati tatkala terbaca mengenai tiga orang adik-beradik yang dipercayai telah dibunuh.Boleh dikatakan hampir setiap minggu negara kita digegarkan dengan kisah-kisah pembunuhan dimana majoriti suspeknya ialah orang Islam.Tinggal di negara sendiri seakan-akan tidak selamat lagi.Dunia hari ini juga menyaksikan bagaimana nyawa manusia bagaikan tiada harga,sewenang-wenangnya mereka dibunuh.

Jenayah juga terbukti mampu untuk melonggarkan ikatan ukhuwah diantara umat Islam.Umat Islam akan saling bercakaran dan saling tuduh-menuduh terhadap jenayah tersebut.Perkara sebegini pastinya dilihat sebagai peluang yang baik oleh para orientalis Barat untuk terus mengaitkan Islam dengan keganasan berdasarkan kadar jenayah yang tinggi di negara-negara Islam.

Kesimpulannya,umat Islam amat dituntut untuk segera berpegang dengan teguh terhadap suruhan-suruhan Allah.Umat Islam juga wajib untuk mengambil Islam secara total tanpa mengambil sesetengah suruhan dan meninggalkan sebahagian yang lain.

"Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah (agama Islam),dan janganlah kamu bercerai-berai" ( Ali Imraan : 103 )

"Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." ( Al Baqarah: 208 )


Cahaya itu masih ada...



Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-Surah Az Zumar,ayat 53.



    Tatkala diri kita bergelumang dengan dosa-dosa,seringkali Allah akan mengurniakan hidayah dan taufik keatas kita untuk kembali ke jalan-Nya.Pasti terdetik di hati kita keinginan untuk berubah,dalam kata lain untuk menjadi lebih baik.Akan tetapi,jalan untuk berubah ini bukanlah jalan yang mudah,jalan yang dihiasi dengan kesenangan dan keseronokan.Akan tetapi,jalan untuk berubah adalah jalan yang sukar.Disinilah Allah akan menilai tahap kesungguhan hamba-hamba-Nya ini untuk berubah.Bagi yang bersungguh-sungguh,maka berjayalah dia.Namun,tidak kurang juga ramai yang tersungkur di tengah jalan dan berputus asa daripada rahmat-Nya.

   Dihujani dengan tohmahan,cercaan dan ancaman merupakan antara cabaran untuk berubah.Yalah,ia adalah normal.Contohnya,jika kita dahulu adalah seorang yang suka berdusta terhadap orang lain.Jika tiba-tiba suatu hari kita menyatakan hasrat untuk berubah kita kepada umum,pasti orang ramai akan merasa sangsi terhadap kita.Namun begitu,Allah akan mempermudahkan segala kesulitan hamba-hamba-Nya yang mahu berubah kerana Allah sayang akan hamba-hamba-Nya.Berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan dan kemudahan untuk berubah.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.” [Al-Baqarah : 186]

  Jika orang lain memperkecilkan usaha kita,ingatlah bahawa jalan untuk berubah sememangnya berliku-liku.Akan tetapi,dihujungnya penuh dengan kemanisan.Allah akan mengurniakan ganjaran pahala dan syurga kepada hamba-hambanya yang berjaya mengubah diri mereka kearah lebih baik.

      Pernah diceritakan bahawa terdapat seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah membuat banyak dosa sehinggakan dia digelar oleh penduduknya sebagai lelaki paling jahat di kawasan tersebut.Penduduk kampung tersebut telah menghukum lelaki itu dengan melarangnya untuk tinggal di kampung tersebut.Lelaki tesebut tinggal bersendirian tanpa sebarang makanan dan keperluan-keperluan hidup yang lain.Akhirnya,lelaki itu mati kerana jatuh sakit dan tiada siapa yang merawatnya.
         
         Kemudian,Allah telah memberi wahyu kepada seorang Rasul pada waktu itu:"Seorang hambaku yang sangat ku sayangi telah meninggal dunia.Pergilah mandikan ia dan persiapkanlah jenazahnya.Kemudian,beritahulah penduduk-penduduk di kampung bahawa ssesiapa yang telah bertaubat kepadaku,maka Aku telah mengampunkan dosa-dosa mereka."
           
       Penduduk kampung itu  keluar beramai-ramai untuk solat jenazah terhadap lelaki tersebut.Apabila mereka tiba untuk solat jenazah,mereka menyedari lelaki tersebut merupakan lelaki yang telah mereka hukum keluar dari kampung mereka.Rasul tesebut telah menanyakan Allah:"Wahai Tuhanku,apakah maksudnya ini?".

             Kemudian Allah telah membalas:"Lelaki ini telah dihina,dizalimi dan ditinggalkan keseorangan.Dia telah menghadapi kesukaran ini berseorangan.Lelaki ini tidak mempunyai rakan-rakan ataupun keluarga.Disaat dia tidak mempunyai sesiapa untuk membantunya,dia telah kembali kepada-Ku dengan berkata:"Ya Allah,jika aku tahu dengan menghukum aku,kekuasaan-Mu akan bertambah dan jika dengan mengampunkan aku,kekuasaan-Mu akan berkurang,aku tak akan meminta keampunan dari-Mu.Tapi,aku tahu dengan mengampunkan aku,kekuasaan-Mu tidak akan sesekali berkurang dan dengan menghukum aku,kekuasaan-Mu tidak akan sesekali bertambah.Dan aku tidak ada sesiapa lagi,tidak ada harapan lagi,tidak ada perlindungan lagi melainkan dari diri-Mu.Jadi,ampunkanlah aku."

            Lelaki tersebut telah mati ketika itu juga.Kemudian Allah telah berfirman kepada Rasul tersebut:"Taubat lelaki ini adalah sangat hebat sehinggakan dia berfikiran sempit untuk meminta keampunan untuk dirinya sahaja.Dan jika dia meminta keampunan bagi seluruh manusia,Aku bersumpah dengan keagungan Aku bahawa Aku akan mengampunkan mereka."

            Lihatlah,Allah Maha Pengampun dan Pengasih terhadap hamba-hambanya.Memetik kata-kata seorang pendakwah:"Seorang pendosa tidak akan memasuki neraka melainkan dia mati sebelum sempat bertaubat dan tidak sempat bertaubat sebelum matahari terbit dari barat".Ambillah peluang ini dan berubahlah menjadi lebih baik!


"Semua tu salah Barat"

"Why the Muslims always put the blame on the West if something bad like zina or cursing with bad words occur among their community?.",luah seorang rakan saya yang pernah menetap di Amerika Syarikat selama hampir 6 tahun.

Kata-kata rakan saya ini ibarat 'memulangkan paku buah keras' kepada masyarakat Muslim pada hari ini.Kerana jika kita lihat,umat Islamlah yang sering menjuarai dalam masalah-masalah sosial.Umat Islam pada hari ini acap kali menyalahkan bangsa Barat sebagai punca berlakunya masalah-masalah ini.Memang tidak dinafikan bahawa betapa sesungguhnya sedikit sebanyak Baratlah yang menjadi punca utama berlakunya masalah-masalah sosial ini.

" Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari  Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412).

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir",

                                                  Surah Al Baqarah : 112.

Umat Islam perlu sedar bahawa kita mempunyai destinasi yang lebih utama untuk dituju.Destinasi tersebut ialah akhirat yang akan menentukan syurga ataupun neraka buat kita.Jika kita tahu Barat berusaha untuk menjatuhkan martabat Islam melalui  perkara-perkara yang melalaikan,maka persiapkanlah diri kita untuk menempuhi dugaan-dugaan tersebut.Sediakanlah bekalan yang mencukupi untuk ke destinasi tersebut.Jangan apabila kita sudah melakukan maksiat,serta merta kita menyalahkan Barat yang menjadi punca kita melakukan maksiat tersebut.



"Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil menyalahkan sesama sendiri. 
                                                                                                 Surah As Saffat: 26-27.

Ingatlah bahawa kita mesti mengubah diri kita.Itulah apa yang dinamakan hijrah.Hijrah tidak membawa maksud sekadar berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lebih baik.Akan tetapi,hijrah membawa maksud yang lebih mendalam iaitu berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.Sebab itu pentingnya muhasabah didalam hidup kita.Melalui muhasabahlah kita mampu untuk menilai kembali tahap keimanan kita sama ada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekeras-kerasnya. Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. 
                                                                                                                      Al-`An`am: 44.






Cinta ke Syurga,Cinta ke Neraka








Kehidupan seorang Muslim pada hari ini sering dibelenggu dengan sajian-sajian media massa yang cukup melalaikan daripada tujuan sebenar mereka diutus ke atas muka bumi ini.

Lambakan filem,drama cinta yang menghiasi kaca televisyen.Itu tak dikira lagi dengan drama cinta yang dikatakan berunsur Islamik.Kebanyakan drama-drama cinta hari ini sering menunjukkan cara-cara bercinta kepada masyarakat dengan harapan supaya mereka boleh menjadikan drama-drama cinta tersebut sebagai contoh tauladan.Akan tetapi,mereka tidak melihat kesan drama-drama cinta ini.Sebagai contoh,beberapa tahun lepas,berlaku lambakan filem yang melibatkan jenayah jalan raya dengan harapan masyarakat akan mengambil iktibar daripada jenayah yang ditonjolkan didalam filem tersebut.Namun,kadar jenayah didalam negara kita semakin meningkat disebabkan masyarakat telah mengaplikasikan apa yang telah mereka tonton didalam filem-filem jenayah tersebut.Hal ini sama sahaja dengan drama-drama cinta.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan remaja-remaja lebih sibuk memikirkan bakal makmum,bakal imam,cara-cara melamar dan sebagainya berbanding untuk mempersiapkan diri menempuh alam pernikahan tersebut.Apa yang penting untuk kita lakukan adalah mencari sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang bermanfaat kerana tujuan utama kita diutuskan bukanlah untuk bercinta semata-mata.Usia muda yang telah dianugerahkan oleh Allah juga akan ditanya bagaimana kita menggunakannya.


"Bahkan terdapat tokoh-tokoh umat Islam seperti Sayyid Qutb dan Imam Hassan al Basri yang tidak berkesempatan untuk mendirikan rumahtangga kerana sibuknya mereka meluangkan masa untuk umat."


Jodoh adalah ketentuan daripada Allah.Ada manusia yang jodohnya diakhirat.Remaja merupakan aset besar umat Islam yang perlu dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai persediaan melangkah ke alam rumahtangga.Maka mengapa kita perlu menyibukkan diri dengan percintaan sekiranya kita tidak bersedia?Allah telah memerintahkan kita supaya memelihara diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka.Bagaimana kita mahu menyelamatkan diri dan ahli keluarga daripada api neraka sekiranya kita sendiri yang memandu mereka kearah tersebut?


Ketika puak Kristian mahu menawan Andalusia,pusat ilmu Islam yang telah melahirkan ramai cendekiawan Islam,mereka telah menghantar perisik ke Andalusia untuk menyiasat keadaan masyarakat di Andalusia.Salah seorang perisik telah melaporkan,dia telah memasuki sebuah perpustakaan di Andalusia.Perpustakaan tersebut dipenuhi dengan pemuda-pemuda Islam yang sedang sibuk menuntut ilmu.Setelah mendengar laporan risikan tesebut,puak Kristian telah membatalkan rancangan mereka untuk menakluk Andalusia.

800 tahun berikutnya,mereka telah menghantar sekumpulan perisik dengan tujuan yang sama untuk menakluk Andalusia.Seorang perisik telah melaporkan,dia telah terjumpa dengan seorang pemuda Islam yang sedang menangis teresak-esak dibawah sebuah pohon.Maka, dia telah bertanya apakah punca pemuda tersebut menangis.Pemuda tersebut menangis kerana kekasihnya telah meninggalkannya.Pada saat itulah,puak Kristian telah tahu bahawa umat Islam di Andalusia tidak lagi menuntut ilmu.Andalusia telah ditakluk oleh puak Kristian pada tahun 1492 Masihi.


Kesimpulannya,masa muda ini perlulah diisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai usaha kita untuk menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan melakukan apa yang telah diperintahkan Allah kepada kita.



Zaman Remaja, Zaman Enjoy???







"Ala,rileks la.Sekarang kita enjoy dulu,nanti dah tua taubat la!"
"Kau ni hidup asyik nak beribadah je.Kita hidup sekali je bro!Enjoy la!"

    Ungkapan inilah yang sering keluar daripada mulut remaja-remaja Islam hari ini.Ya,memang benar hidup ini mesti enjoy.Tapi cara kita nak enjoy tu mestilah betul.Jika kita hanya fikir nak enjoy semata-mata didunia ni,akhirat kita bagaimana?Sebab itulah Allah SWT telah berfirman :-

23:115
                                                                                       (Surah Al-Mukminun : 115)
 Maksudnya: Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa
                       tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?


Sebab apa zaman remaja jangan dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah?


  • Zaman remaja merupakan suatu tahap dimana seseorang itu mempunyai fizikal yang sihat.Maka tidak wajarlah jika nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.
  • Mudah menerima ilmu.Sebab itu sistem pendidikan di mana-mana negara sekalipun mewajibkan pembelajaran keatas remaja.Malah hukama mengungkapkan bahawa mendidik pada usia muda ibarat mengukir diatas batu.ia akan terpahat kukuh dan kekal.Sebaliknya apabila sudah tua,ibarat mengukir diatas air.
  • Jiwa lebih mudah dibentuk.Jika kita perhatikan remaja mempunyai sikap suka mengikut.Jika kehidupan remaja ini sejak awal-awal lagi telah dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah,maka tidak susahlah bagi para remaja untuk menepis segala godaan nafsu dan syaitan.
Setiap makhluk yang diciptakan Allah ada tujuannya.Maka kita sebagai para remaja perlu menyedari tujuan kita dicipta oleh Allah.Tujuan kita dicipta ialah: 

  • Menjadi khalifah dimuka bumi Allah seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah,ayat 30.
  • Beribadah kepada Allah.

           
                                                                                                         (Surah Ad-Dzariyat :56)                       

Maksudnya: Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.


  • Menuntut ilmu. 
                     "طلب العلم فريضة على كل مسلم"

Telah bersabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).

  • Menegakkan syiar Islam 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah" 
                                                                      (Surah As-Saff :14)

Oleh itu,marilah  kita bersama-sama mengubah diri kita demi menjadi remaja yang produktif dan proaktif dalam beribadah.Namun begitu,jangan tinggal urusan dunia kerana ingatlah:

"Dunia itu ibarat ladang, tanamlah amalanmu dan tuailah hasilnya di akhirat"

Jangan enjoy sehingga lupa Akhirat.Kelak kita yang rugi.







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger