Hidayah tak sampai lagi....

"Aku bukannya taknak tutup aurat,tapi hidayah tak sampai lagi"

"Biarlah aku buat benda-benda jahat camni,nanti sampai masa dapat juga hidayah"

Seringkali kita mendengar keluhan ataupun alasan sebegini keluar daripada mulut seseorang yang bernama manusia.Namun begitu,benarkah bahawa hidayah itu tak sampai lagi?

Secara umumnya,hidayah boleh dibahagikan kepada 3 jenis:


  1. Hidayah Fitriyyah
  2. Hidayah 'Aqliah
  3. Hidayah ad Din
Hidayah Fitriyyah merupakan fitrah semulajadi kita yang digerakkan oeh hidayah daripada Allah.Sebagai contoh,seorang bayi yang baru lahir secara fitrahnya akan menangis.Perbuatan menangis yang dilakukan oleh bayi tersebut merupakan hidayah daripada Allah.Allah yang telah memberi hidayah kepada bayi tersebut untuk dia menangis ketika dilahirkan kedunia.Hidayah Fitriyyah ini hadir didalam diri semua makhluk Allah.Buktinya,seekor lembu walaupun tidak diajar megenai cara bersalin,akan sedia tahu mengenainya disebabkan oleh hidayah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya.

Hidayah 'Aqliah ialah hidayah yang diberikan menerusi akal fikiran.Hidayah jenis ini menuntut kita berfikir untuk memperolehi hidayah daripada Allah.  



"Dan juga pada diri kamu sendiri.Maka mengapa kamu tidak melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti-bukti itu?)"-Surah Adz Zariyat,ayat 21

Melalui berfikir manusia akan sedar bahawa alam ini mempunyai pencipta,apa yang dibawa oleh Rasulullah adalah benar serta pelbagai kebenaran akan diketahui jika manusia sentiasa berfikir mencari hidayah Allah.

Hidayah ad Din bermaksud bahawa hidayah itu sendiri datang melalui agama Islam.



"Kitab al Quran ini,tidak ada sebarang keraguan padanya(tentang datangnya daripada Allah dan tentang kesempurnaannya);ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa."-Surah Al Baqarah,ayat 2

Begitulah indahnya Islam,didalamnya sendiri terkandung hidayah.Hanya menunggu kita untuk mencarinya.Perbuatan yang dilakukan tanpa berasaskan hidayah seringkali menyebabkan kita tersasar daripada matlamat sebenar.Kerana itulah,hidayah penting untuk menjadi penggerak kepada setiap perbuatan kita.

Maka,kita kembali semula kepada persoalan 'hidayah tak sampai lagi'.Sebenarnya untuk memperoleh hidayah,usaha kita sendiri juga diperlukan kerana Allah tidak akan mengurniakan hidayah kepada kita jika kita tidak berusaha mencarinya.

Kesimpulan 

Sentiasalah berdoa memohon hidayah daripada Allah serta janganlah kita lupa untuk mempertingkatkan lagi usaha kita mencari sinar hidayah untuk menerangi kehidupan kita.









Rendahkan Egomu!!

Manusia adalah ciptaan Allah yang sangat kompleks.Hadirnya manusia tidak hanya sekadar jasad semata-mata.Tetapi,Allah telah mengurniakan mereka emosi untuk menyeimbangkan penciptaan manusia.Maka,tidak dapat tidak emosi ini mestilah diurus sebaik mungkin untuk kita menjadi hambaNya yang beriman.

"Sesungguhnya,Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"-Surah At Tin,ayat 4.

Ego bermaksud perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih mulia daripada orang lain.Ego hadir dalam diri manusia kerana wujudnya nafsu.Pasti ramai yang sudah tahu kisah nafsu yang enggan mengaku Allah sebagai tuhannya.Setelah diseksa selama beribu-ribu tahun,barulah nafsu mengaku hakikat kebenaran tersebut.

Mengapa penting bagi kita untuk merendahkan ego kita?

Mempunyai ego yang tinggi pasti akan membuatkan masyrakat akan jauh daripada kita.Maka,proses interaksi diantara kita dengan masyarakat luar akan terhenti.Bayangkan jika kita seorang da'ie.Bagaimana kita mahu mendekati masyarakat serta menyebarkan mesej-mesej islam jika kita mempunyai ego yang tinggi?Pasti kita akan sombong untuk mendekati mereka.Bahkan,merasa kita lebih mulia daripada mereka.Jika kita seorang pemimpin,ego yang tinggi akan menyebabkan kita gagal untuk menerima dan menghormati pendapat-pendapat orang lain.Hal ini sudah pasti akan menggoyahkan kepercayaan yang kita perolehi daripada mereka.

Umat Islam hari ini masih menantikan kebangkitan khalifah yang telah genap 90 tahun terkubur.Maka,pelbagai usaha dakwah telah dijalankan untuk menyedarkan masyarakat.Namun begitu,kita sering mendengar kejatuhan sesebuah organisasi dakwah kerana kegagalan mereka untuk mencapai kata sepakat diantara pemimpin dan pimpinannya.Oleh sebab itulah,penting bagi kita untuk merendahkan ego kita.

Bagaimana mahu merendahkan ego?

Kita perlulah sedar bahawa kita hanyalah hamba Allah SWT.Dengan merasakan kita adalah hambaNya,pasti kita akan sedar bahawa Allah lebih hebat daripada kita.Niat yang ikhlas adalah kunci kepada kita untuk menggapai suasana dakwah yang berkesan.Niat yang salah pasti akan memesongkan daripada tujuan sebenar kita menggalas misi dakwah lantas menyebabkan kita gagal untuk bekerjasama didalam sesebuah organisasi dakwah.

Pendapat yang diterima daripada orang lain perlulah diterima dengan sebaik mungkin.Bukankah Islam mengajar kita untuk berlapang dada didalam setiap urusan?Malah Rasulullah telah mengajar kita untuk bermusyawarah secara baik untuk mencapai sesuatu keputusan.

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal pahala hari Akhirat bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya"-Surah As Syuraa,ayat 38.

Kesimpulan 

Kadangkala,kita memang akan berselisih pendapat dengan orang lain.Maka,raikanlah pendapat mereka sebaiknya.Teladanilah bagaimana para ulama meraikan pendapat diantara satu sama lain walaupun pendapat tersebut bercanggah diantara mereka.Sikap yang diamalkan mereka inilah yang menyebabkan Islam kekal utuh dan terus berdiri teguh di muka bumi Allah.

Allah juga mengancam sesiapa yang sombong diatas muka buminya.Lihatlah bagaimana Allah meneggelamkan Qarun serta membinasakan umat-umat terdahulu akibat sombong terhadap Allah serta gagal menerima kebenaran yang dibawa oleh para nabi.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.Sehingga kamu masuk kedalam kubur.Sekali-kali tidak!Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan itu)"-Surah At Takathur,ayat 1-3.




Apabila "Supernatural" Menjadi Pegangan Aqidah

Sahabat,mari kita imbas kembali tragedi tsunami yang melanda di bumi acheh.Disebalik kemusnahan dan kehancuran,disebalik tangisan dan kesedihan,muncul satu fenomena yang menjadi santapan perbualan rakyat tentang masjid yang berdiri teguh di tengah-tengah kehancuran tsunami itu.Maka ia pun menjadi dalil betapa benarnya agama Islam.
Menyedari hakikat ini,ramai umat Islam menyebarkan hikayat ini dek kerja dakwah dan sebagainya sehinggakan ada yang membangga-banggakan Islam sebaliknya memperlekehkan agama yang lain.

Namun baru-baru ini,negara Filipina digemparkan dengan fenomena taufan yang amat dahsyat.Usai semua itu,kelihatan satu patung jesus teguh berdiri di tengah-tengah kehancuran yang dilanda taufan itu.Maka bergema pula ia tanda kebenaran agama kristian.

"Bagaimana patung itu boleh kekal berdiri selepas dibelasah taufan?Logikkah?Adakah Kristian merupakan agama yang benar?


Umat Islam di Malaysia khususnya kaum Melayu sangat takjub dengan perkara keajaiban yang berlaku di sekeliling mereka.Jika ada pokok kaktus yang berbentuk kalimah Allah,kalimah Allah terbentuk di dalam daging dan sebagainya terus dijadikan dalil betapa benarnya agama Islam.Apatah lagi melihat pokok atau batu yang ruku' dan sujud.



Namun,adakah begini cara Islam membenarkan imannya di hati?Adakah dengan cara melihat sesuatu kebesaran atau keajaiban kita terus menjadikan ia dalil betapa benarnya sesuatu agama itu?

Bagaimana pula apabila gambar atau patung agama yang lain terbentuk menjadi awan,terbentuk dalam daging dan sebagainya.Adakah automatik agama mereka menjadi benar?

Agama yang benar ialah agama yang diturunkan sendiri oleh Tuhan, dan Tuhan mengiktiraf kesohihan agama tersebut.

Bagaimana hendak kita ‘detect’ agama itu diturunkan sendiri oleh Tuhan Semesta Alam?

Dengan mengkaji kitab suci yang ada.Berbalik kepada sumber agama tersebut.Oleh sebab itu,jika para ilmuan membuat pebandingan agama,mereka tidak menumpukan kepada keajaiban yang berlaku pada sesuatu agama tersebut.Mereka menumpukan kepada kesahihan sumber agama tersebut."Bagaimana agama itu terbentuk?Adakah sumber fakta yang diperoleh benar?Siapakah pengutusnya?" dan sebagainya.

Sudah banyak kali Allah mencabar manusia agar menciptakan satu surah yang serupa dengan Al-quran.Contohnya:

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang Al Quran yang Kami turunkan iaitu Al Quran kepada hamba Kami Nabi Muhammad, maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.” Surah Al-Baqarah ayat 23.


“Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu bahkan mereka mengatakan, dialah Muhammad yang mengada-adakan Al Quran menurut rekaannya, katakanlah wahai Muhammad, kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah untuk membantu kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar.” Surah Yunus ayat 38.


Saya tidak menafikan bahawa kebesaran itu datang daripada Allah tetapi jangan terlalu taksub dan terus meletakkannya sebagai dalil kebenaran sesuatu agama.Ambillah Al-quran sebagai dalil kebenaran agama Islam.Ini kerana kita takut apabila kita mengakui 'supernatural' itu sebagai dalil kebenaran agama tetapi apa yang disyariatkan oleh agama tidak dilaksanakan.

Seperti malam lailatul qadr,benar bahawa malam itu lebih baik daripada seribu bulan tetapi ada segelintir masyarakat kita yang taksub dengan kenyataan ini dan mencari 'supernatural' yang ada pada malam itu sehinggakan ibadah sunat yang dituntut tidak dilaksanakan.

Sama-sama kita islah diri,jadikan al-quran sebagai dalil kebenaran sesuatu agama dan keajaiban sebagai bukti kebesaran Allah.

Perbaiki diri sendiri dan seru orang lain....




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger