Kata-kata rakan saya ini ibarat 'memulangkan paku buah keras' kepada masyarakat Muslim pada hari ini.Kerana jika kita lihat,umat Islamlah yang sering menjuarai dalam masalah-masalah sosial.Umat Islam pada hari ini acap kali menyalahkan bangsa Barat sebagai punca berlakunya masalah-masalah ini.Memang tidak dinafikan bahawa betapa sesungguhnya sedikit sebanyak Baratlah yang menjadi punca utama berlakunya masalah-masalah sosial ini.
" Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412).
"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir",
Surah Al Baqarah : 112.
Umat Islam perlu sedar bahawa kita mempunyai destinasi yang lebih utama untuk dituju.Destinasi tersebut ialah akhirat yang akan menentukan syurga ataupun neraka buat kita.Jika kita tahu Barat berusaha untuk menjatuhkan martabat Islam melalui perkara-perkara yang melalaikan,maka persiapkanlah diri kita untuk menempuhi dugaan-dugaan tersebut.Sediakanlah bekalan yang mencukupi untuk ke destinasi tersebut.Jangan apabila kita sudah melakukan maksiat,serta merta kita menyalahkan Barat yang menjadi punca kita melakukan maksiat tersebut.
Surah As Saffat: 26-27.
Al-`An`am: 44.


20:54
Amirul Ashraf
.jpg)