Cinta ke Syurga,Cinta ke Neraka








Kehidupan seorang Muslim pada hari ini sering dibelenggu dengan sajian-sajian media massa yang cukup melalaikan daripada tujuan sebenar mereka diutus ke atas muka bumi ini.

Lambakan filem,drama cinta yang menghiasi kaca televisyen.Itu tak dikira lagi dengan drama cinta yang dikatakan berunsur Islamik.Kebanyakan drama-drama cinta hari ini sering menunjukkan cara-cara bercinta kepada masyarakat dengan harapan supaya mereka boleh menjadikan drama-drama cinta tersebut sebagai contoh tauladan.Akan tetapi,mereka tidak melihat kesan drama-drama cinta ini.Sebagai contoh,beberapa tahun lepas,berlaku lambakan filem yang melibatkan jenayah jalan raya dengan harapan masyarakat akan mengambil iktibar daripada jenayah yang ditonjolkan didalam filem tersebut.Namun,kadar jenayah didalam negara kita semakin meningkat disebabkan masyarakat telah mengaplikasikan apa yang telah mereka tonton didalam filem-filem jenayah tersebut.Hal ini sama sahaja dengan drama-drama cinta.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan remaja-remaja lebih sibuk memikirkan bakal makmum,bakal imam,cara-cara melamar dan sebagainya berbanding untuk mempersiapkan diri menempuh alam pernikahan tersebut.Apa yang penting untuk kita lakukan adalah mencari sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang bermanfaat kerana tujuan utama kita diutuskan bukanlah untuk bercinta semata-mata.Usia muda yang telah dianugerahkan oleh Allah juga akan ditanya bagaimana kita menggunakannya.


"Bahkan terdapat tokoh-tokoh umat Islam seperti Sayyid Qutb dan Imam Hassan al Basri yang tidak berkesempatan untuk mendirikan rumahtangga kerana sibuknya mereka meluangkan masa untuk umat."


Jodoh adalah ketentuan daripada Allah.Ada manusia yang jodohnya diakhirat.Remaja merupakan aset besar umat Islam yang perlu dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai persediaan melangkah ke alam rumahtangga.Maka mengapa kita perlu menyibukkan diri dengan percintaan sekiranya kita tidak bersedia?Allah telah memerintahkan kita supaya memelihara diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka.Bagaimana kita mahu menyelamatkan diri dan ahli keluarga daripada api neraka sekiranya kita sendiri yang memandu mereka kearah tersebut?


Ketika puak Kristian mahu menawan Andalusia,pusat ilmu Islam yang telah melahirkan ramai cendekiawan Islam,mereka telah menghantar perisik ke Andalusia untuk menyiasat keadaan masyarakat di Andalusia.Salah seorang perisik telah melaporkan,dia telah memasuki sebuah perpustakaan di Andalusia.Perpustakaan tersebut dipenuhi dengan pemuda-pemuda Islam yang sedang sibuk menuntut ilmu.Setelah mendengar laporan risikan tesebut,puak Kristian telah membatalkan rancangan mereka untuk menakluk Andalusia.

800 tahun berikutnya,mereka telah menghantar sekumpulan perisik dengan tujuan yang sama untuk menakluk Andalusia.Seorang perisik telah melaporkan,dia telah terjumpa dengan seorang pemuda Islam yang sedang menangis teresak-esak dibawah sebuah pohon.Maka, dia telah bertanya apakah punca pemuda tersebut menangis.Pemuda tersebut menangis kerana kekasihnya telah meninggalkannya.Pada saat itulah,puak Kristian telah tahu bahawa umat Islam di Andalusia tidak lagi menuntut ilmu.Andalusia telah ditakluk oleh puak Kristian pada tahun 1492 Masihi.


Kesimpulannya,masa muda ini perlulah diisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai usaha kita untuk menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan melakukan apa yang telah diperintahkan Allah kepada kita.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger