| (Surah Al-Mukminun : 115) |
Sebab apa zaman remaja jangan dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah?
- Zaman remaja merupakan suatu tahap dimana seseorang itu mempunyai fizikal yang sihat.Maka tidak wajarlah jika nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah ini tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.
- Mudah menerima ilmu.Sebab itu sistem pendidikan di mana-mana negara sekalipun mewajibkan pembelajaran keatas remaja.Malah hukama mengungkapkan bahawa mendidik pada usia muda ibarat mengukir diatas batu.ia akan terpahat kukuh dan kekal.Sebaliknya apabila sudah tua,ibarat mengukir diatas air.
- Jiwa lebih mudah dibentuk.Jika kita perhatikan remaja mempunyai sikap suka mengikut.Jika kehidupan remaja ini sejak awal-awal lagi telah dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah,maka tidak susahlah bagi para remaja untuk menepis segala godaan nafsu dan syaitan.
- Menjadi khalifah dimuka bumi Allah seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah,ayat 30.
- Beribadah kepada Allah.
- Menuntut ilmu.
- Menegakkan syiar Islam
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah"
(Surah As-Saff :14)
Oleh itu,marilah kita bersama-sama mengubah diri kita demi menjadi remaja yang produktif dan proaktif dalam beribadah.Namun begitu,jangan tinggal urusan dunia kerana ingatlah:
"Dunia itu ibarat ladang, tanamlah amalanmu dan tuailah hasilnya di akhirat"
Jangan enjoy sehingga lupa Akhirat.Kelak kita yang rugi.
|


00:05
Amirul Ashraf



.jpg)